29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

JKNJ siasat kes tular babitkan rumah tangga kakitangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERKONGSIAN tular di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di negeri ini sejak kelmarin, kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, tindakan berkenaan dibuat kerana penjawat awam berkenaan telah melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan.

Menurutnya, JKNJ mengambil maklum tentang isu yang tular itu dan menganggap ia sebagai satu yang serius kerana ia melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. JKNJ juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial.

“JKNJ mengingatkan semua kakitangan untuk menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu atau aduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak kelmarin isu membabitkan seorang pegawai kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sebuah daerah di negeri ini tular di media sosial apabila isterinya yang juga seorang pegawai kesihatan mendedahkan kelakuan curang suaminya itu secara terbuka di media sosial.

Menerusi video yang tular berkenaan, isteri kepada pegawai kesihatan itu berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita lain, sebelum dia mendakwa diceraikan di hadapan wanita itu.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan