25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PLUS buka semula lorong kanan KM273.3-KM272.2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah membuka semula lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 jajaran antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuh Raya Utara-Selatan pada pukul 5:30 pagi tadi.

Menurut kenyataan PLUS, ia berikutan penyiapan kerja-kerja membaik pulih lubang benam (sinkhole) di lokasi berkenaan.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut,” katanya.

Menurutnya, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati terutamanya pada musim hujan yang melanda ketika ini.

Untuk maklumat terkini mengenai perkembangan trafik di lebuh raya, sila rujuk @PLUSTrafik Twitter, aplikasi PLUS Mobile dan papan tanda elektronik PLUS di sepanjang lebuh raya atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

Pada Selasa, lorong kanan di antara KM273.3 dan KM272.2 di laluan antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Ipoh Utara di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan susulan kejadian lubang benam.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan