Monday, June 15, 2026

Pemulihan bekalan air di Selangor capai 94 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

STATUS pemulihan bekalan air di beberapa kawasan membabitkan wilayah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas berikutan henti tugas empat loji rawatan air (LRA) sudah mencapai tahap 94 peratus secara keseluruhan setakat jam 9 malam semalam.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pecahan peratusan pemulihan bekalan air itu mencapai 100 peratus di wilayah Petaling dan Kuala Lumpur.

Manakala di wilayah Hulu Langat mencapai 90.5 peratus.

Air Selangor turut memaklumkan, LRA Cheras Batu 11 sudah mula beroperasi dan bekalan air bagi kawasan terjejas akibat henti tugas loji itu dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 pagi, hari ini.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Henti tugas di semua LRA berkenaan disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada Ahad lalu.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan