33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

4 lagi jemaah kumpulan tarekat selamat pulang ke tanah air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI empat lagi jemaah umrah warga Malaysia daripada kumpulan tarekat yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu selamat tiba di tanah air pagi semalam.

Kementerian Luar menerusi kenyataan di laman sosial, berkata manakala baki 23 orang lagi dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Menurut Wisma Putra, pesawat komersial membawa kumpulan kedua ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.59 pagi.

“Sebelum ini, kumpulan pertama seramai 36 orang sudah tiba di KLIA pada 4 November lalu dengan Malaysia Airlines penerbangan MH153 dari Madinah.

“Dengan ketibaan dua kumpulan ini, baki jemaah yang masih berada di Arab Saudi seramai 23 orang akan dibawa balik melalui penerbangan seterusnya secara berperingkat,” katanya.

Wisma Putra berkata, Kerajaan Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu usaha ini.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan