25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Anak Muda Gegor Bera himpun lebih 2,000 belia

Setakat ini sebanyak 38 kumpulan e-sukan telah mendaftar dengan semuanya anak tempatan Bera.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGANJURAN Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda Gegor Bera pada Sabtu, 12 November ini dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 belia dari Parlimen Bera dan kawasan berhampiran, menerusi pelbagai program menarik termasuk e-sukan. 

Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal selaku penganjur berkata, karnival sehari bermula jam 9 pagi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera itu dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Selain e-sukan, karnival dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Pembangunan Manusia Berhad (HRDCorp) itu antara lain turut melibatkan tawaran 1,500 kerja menerusi acara Jamin Kerja. 

“Setakat ini sebanyak 38 kumpulan e-sukan telah mendaftar dengan semuanya anak tempatan Bera, namun penyertaan juga terbuka kepada mereka dari luar Bera, bagi merebut hadiah berupa wang tunai serta cabutan bertuah. 

Baca juga:   Kerteh FC bersaing dalam VPG Asia Premier League 2021

“Pasukan e-sukan negara, Team Haq Esports Club yang muncul juara perlawanan Liga Profesional Mobile Legend (MPL) MY musim ke-10 juga akan menghadiri karnival ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimen Bera, Pahang, hari ini. 

Penganjuran pertandingan e-sukan itu bertujuan mencungkil bakal belia dalam sukan tersebut, yang kini telah menjadi kerjaya sukan dengan ramai pemain muda berjaya di peringkat antarabangsa. 

Selain itu, Mohamad Lukman Afiq berkata acara lain yang akan berlangsung ialah ujian pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan motosikal, konsert Keluarga Malaysia dan jualan pelbagai barangan menerusi trak makanan dan gerai. — BERNAMA

Baca juga:   45,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera - PM

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan