26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kerajaan wajar majukan lagi industri e-sukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN wajar memajukan lagi industri e-sukan negara.

Cadangan itu dilontarkan Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berpeluang berkongsi pandangan dengan komuniti e-sukan negara dalam satu program semalam.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, melihat komuniti yang menunjukkan semangat yang mendalam dalam e-sukan ini, sudah tiba masanya kita tidak lagi memandang rendah potensi industri ini.

“Ia bukan lagi tentang sekumpulan anak kecil hanya menatap monitor bermain permainan komputer, tetapi perlu dilihat sama penting seperti sukan lain macam bola sepak.

“Terdapatnya pemain, penstrim, jurulatih, pemain industri penting, penaja dan banyak lagi perkara utama lain yang membentuk industri e-sukan ini.

“Justeru, bantuan dan galakan daripada kerajaan akan menjadi pemangkin kepada industri berkenaan dan meletakkan Malaysia dalam rangkaian global yang sangat maju,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Beliau berkata, selain kerajaan, komuniti e-sukan negara juga perlu memainkan peranan mereka dengan bersatu agar suara mereka didengari.

Advertisements

“Saya mencadangkan tiga perkara untuk memupuk industri e-sukan negara iaitu kerajaan mesti memberi lebih pengiktirafan kepada e-sukan dan mendorong lebih banyak insentif.

“Keperluan untuk menjadi suara yang kuat dan bersatu daripada komuniti akar umbi e-sukan.

“Sasarkan yang rendah sebagai batu loncatan untuk membina asas yang kukuh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Syed Saddiq yang juga Presidrn Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata, dengan menyatukan alam maya dan nyata ia akan membawa satu evolusi baharu untuk Malaysia.

Beliau sendiri mengakui terkejut dengan perkembangan terkini dunia e-sukan negara apabila melihat suasana kafe siber kini jauh berbeza dari dulu.

“Ia akhirnya diiktiraf sebagai sukan di mana orang ramai boleh bermain permainan secara profesional dan memperoleh wang,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan