27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

ATM terima sumbangan RM2.16 juta untuk perajurit

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan RM2.16 juta dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan dan juadah hari raya sempena Aidilfitri ini.

ATM menerusi kenyataan berkata, sumbangan berkenaan diterima daripada 79 syarikat, badan korporat serta individu.

Katanya, barangan sumbangan tersebut telah diterima dan dikumpul serta dibungkus semula oleh isteri-isteri pegawai dan anggota ATM.

“Dengan sumbangan tersebut, ATM berjaya menyediakan 15,000 beg yang akan diserahkan kepada semua perajurit dan pertiwi negara yang bertugas menjaga keselamatan perbatasan dan kesejahteraan negara semasa Aidilfitri di seluruh tanah air.

“Ini melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya hari ini.

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri  telah disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat), Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah yang mewakili Bakat ATM atas usaha dan tenaga kerja tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd. Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang,’ Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan .

Sementara itu, Mohammad turut mewakili ATM bagi menerima sumbangan zakat, wakalah dan waad yang diserahkan wakil daripada lapan agensi. 

“Jumlah keseluruhan zakat, wakalah dan waad yang disumbangkan adalah berjumlah RM 2.01 juta.

“Ianya diterima daripada Affin Islamic Bank Berhad, Koperasi Tentera, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bersama Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Zakat Pulau Pinang, Lembaga Zakat Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan