32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kenaikan elaun guru KAFA dibayar secara tunggakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBAYARAN kenaikan elaun kepada semua guru Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan bermula Januari tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.

Menurutnya, Jakim amat memahami kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru itu termasuk bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak dan guru takmir sebagaimana diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 lalu.

“Dengan kenyataan ini, Jakim menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada golongan berkenaan tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, dalam pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.

Di bawah peruntukan syiar Islam, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu turut melibatkan antara petugas masjid dengan memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.

Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan