24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Muhyiddin minta Anwar kemuka bukti terima sokongan MP

Ahli Parlimen Pagoh itu yakin beliau masih mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.

Muhyiddin berkata, perkara itu adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang meminta calon Perdana Menteri menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Istana Negara.

Tambah beliau, ia perlu dibuktikan melalui proses yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 22 November 2022 iaitu dengan kemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Advertisements

Ahli Parlimen Pagoh itu yakin beliau masih mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat sebagai calon Perdana Menteri dengan mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.

“Pada jam 10.30 pagi 22 November 2022, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi Surat Akuan Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong saya adalah 115.

“Ia melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik Perdana Menteri.

“Hari ini, Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai perdana menteri,” katanya.

Muhyiddin berkata, jika Ahli Parlimen Tambun itu mampu membuktikan sedemikian, ia akan menyelesaikan kemelut kesahihan Anwar sebagai Perdana Menteri yang menjadi persoalan PN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan