26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Cabaran menanti Anwar selepas angkat sumpah – Nurul Izzah

"I love you, Papa, Am always proud of you - even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience."

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CABARAN besar menanti Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, kata anaknya Nurul Izzah Anwar hari ini.

Nurul Izzah berkata, cabaran pertama yang akan dihadapi oleh Anwara ialah untuk menyatupadukan pemimpin dan parti-parti politik di negara ini.

Selain itu, kata beliau, Ahli Parlimen Tambun juga juga perlu meneliti masalah ekonomi yang membelenggu selain menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan.

Pada masa yang sama, cabaran untuk membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu bakal dihadapi bapanya.

“Menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua,” katanya mengulas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.

Sebelum itu, Nurul Izzah yang gagal mempertahankan kerusi tradisi keluarganya di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengimbau permulaan perjuangan beliau sejak 1998 lalu.

Advertisements

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan. Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga,” katanya.

Beliau bersama ibunya, Datin Seri Wan Azizah Ismail antara sosok yang berdiri teguh mempertahankan Anwar sepanjang bapanya itu dihumban ke dalam penjara pada 1999 dan kali kedua pada 2015.

“Sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan.

I love you, Papa, Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience,” katanya.

Nurul Izzah berkata, legasi yang ditinggalkan untuk generasi masa depan bukan harta, pangkat mahupun wang ringgit tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, Insha-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan