Sunday, June 14, 2026

Rafizi nasihat penyokong PH henti sebarang provokasi

Langkah tersebut bagi mengelak timbulnya kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi.

Mesti Baca

TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menasihati tokoh-tokoh politik dan penyokong Pakatan Harapan (PH) menghentikan segala bentuk provokasi baik secara fizikal mahupun menerusi media sosial.

Menurut beliau, ia susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baharu dan mengetuai Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, antara perlakuan yang perlu dielakkan ialah mengadakan sebarang perhimpunan serta berhati-hati mengeluarkan kenyataan media dan memuat naik kandungan menerusi media sosial.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi mengelak timbulnya kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi.

“Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang,” kata beliau menerusi ciapan di twitternya.

Beliau berkata, sebelum ini para pemimpin PH tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepanjang kemelut pembentukan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi meredakan keadaan.

Rafizi merupakanantara pemimpin PH yang lantang mencetuskan provokasi terhadap musuh politiknya menerusi ceramah bergeraknya mahupun menerusi media sosial. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan