30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MB Johor gesa Zahid letak jawatan segera

Tsunami politik orang Melayu telah berlaku, di mana orang Melayu telah menolak UMNO.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menggesa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO pada kadar yang segera.

Onn Hafiz yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor berkata, langkah itu adalah seperti mana dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak yang berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai Presiden pada 2018.

“Insya-Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti UMNO yang kita semua cintai ini.

“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan Insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan.

“Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya dalam Facebook hari ini.

Onn Hafiz berkata, kekalahan memalukan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merupakan bukti nyata bahawa orang Melayu kini sudah menolak UMNO.

Katanya, ini terbukti, apabila UMNO dan BN hanya memenangi sembilan kerusi di Johor malah gagal memenangi sebarang kerusi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin UMNO termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa PRU-15 semalam.

“Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi,” katanya.

Malah menurut beliau, semua perlu berani membuat perubahan ke arah kebaikan demi masa depan parti itu.

“Usaha untuk memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang. Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang,” katanya.

Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh 30 daripada 219 kerusi parlimen yang bertanding dalam PRU15 semalam.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan