26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

BN sedia ketepi sentimen, utamakan kestabilan negara

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) sedia mengenepikan perbezaan sentimen sebelum ini demi memastikan parti itu dapat terus memberi sumbangan dan mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” kata beliau dalam kenyataan lewat malam ini.

Zahid berkata, BN menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam PRU yang dilangsungkan hari ini.

Katanya, BN menganggap keputusan tersebut adalah suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat kepada parti itu.

Beliau berkata, dalam masa terdekat BN akan memberi tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti terutama bagi menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu.

Dalam PRU-15 kali ini, BN menerima kekalahan paling memalukan apabila gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan dan Terengganu serta hanya memperoleh 12 kerusi setakat pukul 1 pagi ini.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak pucuk pimpinan BN kerana begitu sombong untuk memasuki PRU-15 secara solo.

Beliau berkata, kekalahan itu adalah disebabkan oleh perpecahan sehingga menjadikan mereka lemah dan hilang kekuatan.

“Kini, ke mana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan