25.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Empat beranak maut dalam perjalanan rai hari lahir datuk

Kenderaan MPV yang mereka naiki merempuh sebuah pacuan empat roda yang keluar daripada simpang di Jalan Kolam Machap, Alor Gajah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT beranak maut apabila kenderaan MPV yang mereka naiki terbabit dalam nahas dengan sebuah pacuan empat roda di simpang tiga Jalan Kolam Machap, di Alor Gajah, Melaka pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ibrahim Daud, 71; isterinya Latipah Dorahim, 66, dan menantu Syazana Tharin, 30, serta cucu, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dalam perjalanan ke Langkawi bagi meraikan warga emas, Ibrahim yang menyambut tarikh kelahirannya hari ini.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, MPV dinaiki mangsa yang datang dari arah Alor Gajah telah melanggar sebuah pacuan empat roda Toyota Land Cruiser yang keluar dari simpang untuk membelok ke kanan menghala ke Selandar.

Baca juga:   Speaker tolak usul bahas kematian Adib di Parlimen

“MPV dibawa Muhammad Izwan Ibrahim, 30, iaitu anak kepada pasangan warga emas berkenaan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter.

“Bagaimanapun mereka telah melanggar juga Land Cruiser itu di bahagian kiri hadapan menyebabkan mangsa lelaki warga emas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Arshad lagi, tiga lagi mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.

Baca juga:   Anggota JPJ maut kejar motosikal lari sekatan

“Pemandu Muhammad Izwan tidak mengalami kecederaan, namun seorang lagi anaknya Aniq Fahim yang umurnya belum diketahui kini di zon merah.

“Kesemua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah disiasat, manakala pemandu Land Cruiser berusia 59 tahun telah ditahan pada pukul 11 pagi tadi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, berita menyayat hati itu dikongsi Exco Perpaduan, Pembangunan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Melaka, Ngwe Hee Sem menerusi Facebooknya pagi ini.

“Pagi yang amat menyedihkan. Berhati-hatilah semasa pemanduan. Kecuaian sedikit boleh mengakibatkan kehilangan orang yang tersayang kita.

“Dengar cerita mereka bersama keluarga dalam perjalanan ke Langkawi untuk meraikkan hari jadi ‘atoknya’. Amat sedih arwah meninggal dunia pada hari yang sama hari jadi.

Baca juga:   Dua maut kereta terbabas, rempuh tiang jalan

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah,” kongsinya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan