31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Dakwaan PH hampir menang 100 kerusi hanya perang psikologi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya Pakatan Harapan (PH) hampir memenangi 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hanya satu bentuk perang psikologi untuk mempengaruhi pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan seumpama itu tidak lagi asing menjelang hari pengundian dan sering digunakan oleh parti lawan.

“Semua parti ada perkiraan sendiri tetapi mana yang tak menang itu, katakan sajalah tak menang. Bagi saya tindakan dilakukan Rafizi itu merupakan satu peperangan psikologi semata-mata.

“Di pihak BN pun, kami ada perkiraan sendiri. Insya Allah, BN boleh menubuhkan kerajaan di Persekutuan,” katanya kepada media selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang hari ini.

Menurut Mahdzir, seperti parti-parti politik lain, Rafizi serta PKR sudah tentu memiliki kiraan dan culaan sendiri bagi menghadapi PRU.

Baca juga:   Agong imbau kembali detik nostalgia Taman Tasik Perdana

Bagi BN katanya, juga mempunyai keyakinan yang tinggi dengan angka yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU15 nanti.

Rafizi dalam ceramah PH di Balik Pulau, Pulau Pinang kelmarin mendakwa, gabungan tersebut semakin hampir memenangi 100 kerusi Parlimen ketika kempen PRU15 kian ke penghujung.

Malah Rafizi juga berkata, PH turut yakin mencatat kemenangan besar di negeri kubu kuat mereka iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. – Edisi 9

Baca juga:   Jangan pandang ringan penjajahan sosial - Mohammad Shatar

Wartawan

Terkini

Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa tauke dan syarikat judi hanya layak bersama Pakatan Harapan (PH) dan...

Lagi Artikel Berkaitan