25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cadang gelaran ‘Yang Berkhidmat’, bukan ‘Yang Berhormat’

Panggilan 'Yang Berkhidmat' itu lebih tepat bagi menggambarkan rekod perkhidmatan setiap wakil rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GELARAN ‘Yang Berhormat’ (YB) yang sering digunakan bagi merujuk kepada wakil rakyat di negara ini, wajar ditukarkan kepada ‘Yang Berkhidmat’, sesuai dengan situasi semasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, panggilan Yang Berkhidmat dilihat lebih tepat bagi menggambarkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh wakil-wakil rakyat.

“Panggilan ‘Yang Berkhidmat’ itu lebih tepat bagi menggambarkan rekod perkhidmatan setiap wakil rakyat.

“Jika perkara itu dilaksanakan, orang ramai juga boleh menjustifikasikan seseorang wakil rakyat tersebut dengan panggilan ‘Yang Berkhidmat’ yang disandang individu berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Kakitangan dan pelajar Kolej MARA Kuala Nerang hari ini.

Jelas Mahdzir yang juga Penyandang dan calon BN bagi Parlimen Padang Terap, penggunaan gelaran itu juga akan menjadikan wakil rakyat lebih dekat dihati rakyat.

“Yang berkhidmat ini perlu sedar bahawa mereka memiliki dua tugas untuk dilaksanakan iaitu membuat dasar di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) serta memberi khidmat kepada rakyat.

“Jadi dalam tempoh lima tahun itu, rakyat bolehlah menilai sama ada ‘Yang berkhidmat’ itu benar-benar berkhidmat di kawasan mereka,”katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan