28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Aku janji palsu: Zahid minta henti politik menipu, merapu

Lawan BN menzalimi pemimpin-pemimpin BN yang setia mempertahankan parti dan `membelai' yang tunduk serta patuh kepada tuntutan mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan lawan parti gabungan berkenaan yang tidak habis-habis manabur fitnah dan  tipu daya sebagai bahan ‘kempen’.

Ahmad Zahid berkata, BN berusaha mengajak rakyat untuk bersama memulihkan negara pada PRU15, lawan BN tidak habis-habis menabur fitnah dan tipu daya sebagai bahan ‘kempen’.

“BN berusaha menyatakan kebenaran, mereka pula gigih menyebarkan ‘surat aku janji’ palsu yang kononnya perlu ditandatangani oleh calon UMNO.

“Mereka fikir BN macam mereka agaknya sejurus menang PRU14 dan jadi kerajaan terus menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin mereka,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, tular sepucuk surat aku janji, mendakwa Ahli Parlimen UMNO harus menandatangani surat tersebut yang mempunyai beberapa syarat selepas diumumkan menjadi calon.

Ujar Ahmad Zahid, lawan BN menzalimi pemimpin-pemimpin BN yang setia mempertahankan parti dan `membelai’ yang tunduk serta patuh kepada tuntutan mereka.

“Sebab itu kita percaya lawan BN sedang takutkan bayang-bayang sendiri. Cemas kerana `overthinking’ selepas apa mereka lakukan. Bimbang `what you give you get back’.

“Hentikanlah politik menipu dan merapu seperti ini. Dulu mungkin mudah untuk mereka membohongi dan memperdaya rakyat dengan taktik sebegini,” katanya.

Menurut beliau, hari ini rakyat Malaysia adalah masyarakat yang rasional dan mudah memahami antara kebenaran dan kebatilan.

“Tidak sukar mereka `membaca’ pembohongan itu. Fitnah terbaru lawan BN ini menjadi bukti jelas lagi kukuh mengapa rakyat perlu menolak mereka dan pastikan mereka ini tidak menang apatah menjadi kerajaan semula.

“Jangan benarkan Malaysia ditadbir oleh kerajaan yang ditubuhkan atas dasar fitnah dan penipuan kerana hampir pasti rakyat juga akan sekali lagi difitnah dan dibohongi.

“Seperti mana rakyat Malaysia difitnah pemalas dan cemburu kepada orang kaya. Seperti mana rakyat dibohongi dengan pelbagai janji-janji manis pada PRU14,” katanya.

Malah beliau juga berharap agar rakyat terus menyakini BN dan mengundi BN demi Malaysia memperoleh semula sebuah kerajaan yang benar-benar berkhidmat serta membawa kestabilan dan kemakmuran negara.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan