26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Tiada unsur cubaan culik dalam video tular di stesen minyak – Polis

Sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SIASATAN awal polis mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor, sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, polis telah mengesan satu video berdurasi seminit 45 saat yang dimuat naik dalam media sosial mendakwa seorang lelaki menghampiri sebuah kereta milik seorang wanita tempatan semasa di stesen minyak itu dan telah berlaku cubaan culik.

Menurutnya, pada Rabu lalu, Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Langat mengesahkan menerima satu laporan polis daripada seorang wanita berusia 34 tahun mengatakan seorang lelaki berkelakuan mencurigakan turun dari sebuah kereta.

“Lelaki itu menuju ke pintu belakang kereta pengadu yang ketika itu terdapat tiga orang anak pengadu berada di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

“Namun daripada siasatan awal ke atas laporan polis itu mendapati tiada sebarang cubaan culik berlaku sebagaimana yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Ujar Ahmad Ridhwan lagi, polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis itu bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku dan meminta orang ramai tidak membuat kenyataan atau menyebarkan berita yang tidak sahih sebelum merujuk ke pihak berkuasa.

Menurutnya, insiden tular ‘cubaan culik’ turut terjadi di daerah lain di Selangor dan orang ramai cepat mengaitkan sesuatu insiden terutama membabitkan kanak-kanak dan pelajar dengan ‘cubaan culik’ sedangkan kesahihan sebenar tidak dapat dipastikan dan kes masih dalam siasatan polis.

“Sebarang kenyataan atau penyebaran berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan