Friday, June 5, 2026

Gempa bumi sederhana di utara Sumatera, dirasai di Malaysia

Orang ramai diminta mengisi borang dipautanhttps://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7 sekiranya terdapat maklumat gegaran.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada 3.28 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Perak dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu.

Orang ramai diminta mengisi borang dipautanhttps://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7 sekiranya terdapat maklumat gegaran.

Dalam pada itu, perkongsian MetMalaysia di Facebook rasmi agensi berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menurut Marissa Marissa, dia telah mengisi pautan yang disediakan oleh agensi berkenaan.

Done isi google form. Harap admin MET Malaysia sentiasa cepat update info terkini.

“Patut la tadi rasa rumah macam bergegar ja… Lokasi Bandar Saujana Putra,” kongsinya.

Manakala bagi Mohamad Termizie Bin Abdul Mahad pula, dia menyatakan tiga kali merasa gegeran berkenaan.

“3 kali rasa gegar. Terkini 4.39 am (pagi). Setapak,” kongsinya.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan