31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Terus pelihara kelestarian alam sekitar – PM

Bertemakan 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama', sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang esok.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KELUARGA Malaysia diseru untuk bersama-sama meneruskan tanggungjawab dan amanah dalam memelihara kelestarian alam sekitar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian sempena Hari Alam Sekitar Negara.

Menurut beliau, keseimbangan ekosistem dan persekitaran yang bersih amat penting kepada semua.

“Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Negara kepada seluruh Keluarga Malaysia… Jagalah alam sekitar, demi masa depan generasi kita,” katanya dalam Facebook hari ini.

Hantaran berkenaan mendapat maklum balas positif dari pengikut media sosial Ismail Sabri.

Antaranya Emmy Hazrul yang berpendapat melindungi dan memulihara alam sekitar adalah demi kesejahteraan generasi akan datang.

“Bersama-sama menghargai, melindungi dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi yang akan datang,” kongsi Emmy.

Baca juga:   Kecekapan tadbir urus berjaya keluarkan negara daripada kemelut

Bagi Noor Farrah Sabri pula, alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

“Jagalah alam sekitar kerana itu adalah tanggungjawab kita bersama hargainya sebaiknya… selamat mnyambut hari alam sekitar negara. Terima kasih DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri),” katanya.

Bertemakan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’, sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang esok.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa tauke dan syarikat judi hanya layak bersama Pakatan Harapan (PH) dan...

Lagi Artikel Berkaitan