26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jurulatih ternama dunia dedah sukan touch di sekolah terpilih

Lawatan itu bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan sukan touch kepada murid seawal sekolah rendah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JURULATIH ternama dunia, Mr Peter Walters atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Touch’ kini dalam rangka lawatan selama 10 hari ke Malaysia bagi memberi pendedahan berkenaan sukan touch (ragbi sentuh).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, jurulatih berkenaan yang berasal dari Auckland, New Zealand itu dijadualkan ke beberapa buah sekolah di Pahang, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak.

Antara lain menurut beliau, lawatan itu bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan sukan touch kepada murid seawal sekolah rendah.

“Semoga pengalaman luas beliau dapat membantu menarik minat dan memberi pendedahan berguna kepada murid, seterusnya mengembangkan lagi ruang dan bakat sukan sedia ada dalam kalangan anak-anak di sekolah.

“Dalam konteks ini, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) terbuka dan komited untuk terus memperkasa minat murid-murid dalam pelbagai jenis sukan sebagai salah satu usaha pembangunan pendidikan negara.

“Langkah ini diharap dapat mendedahkan anak-anak kita kepada pelbagai jenis sukan supaya mereka mendapat peluang seluasnya mempamerkan bakat dan meneruskan minat dalam sukan sebegini ke peringkat seterusnya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsi hantaran berkenaan selepas memenuhi undangan Persatuan Sukan Touch Malaysia menyaksikan anak-anak Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1), baru-baru ini.

Radzi berharap agar murid memanfaatkan peluang berkenaan dengan sebaiknya dan semoga berjaya.

“Ingat pesan pak cik, buat sehabis baik, Nothing Beats Hard Work,” kongsinya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan