Sunday, June 14, 2026

PRU15 tidak wajar diadakan, beri perhatian hadapi musim banjir

Pilihan raya semasa musim banjir akan menjejaskan perjalanan pilihan raya dan menyusahkan rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) berpendirian bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak wajar diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutama di negeri-negeri Pantai Timur.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengadakan pilihan raya semasa musim banjir tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya dan menyusahkan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.

“Rakyat terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan.

“Penyelesaian kepada masalah ini mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023,” katanya.

Ujar beliau, anggota jemaah menteri dari Parti Perikatan Nasional telah diminta untuk mempertegaskan pendirian ini di dalam mesyuarat jemaah menteri.

“Begitu juga semua ahli Parlimen PN yang turut diminta mengambil pendirian yang sama,” – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan