28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PN hargai semangat setiakawan PAS – Muhyiddin

Keputusan berkenaan memberikan suntikan semangat kepada PN untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu-padu dalam meraih sokongan rakyat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan atas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memilih mengukuhkan hubungan dengan perikatan berkenaan.

Muhyiddin berkata, keputusan berkenaan memberikan suntikan semangat kepada PN untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu-padu dalam meraih sokongan rakyat.

“Saya amat menghargai keputusan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU 15.

“Secara peribadi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Presiden PAS dan rakan-rakan pimpinan PAS yang terus istiqamah mempertahankan kerjasama PAS dalam PN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Hadi menegaskan kerjasama dengan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)-15  adalah atas prinsip penyatuan ummah.

Malah, beliau turut mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dalam pada itu, Muhyiddin mendoakan semoga PN mendapat mandat rakyat dalam PRU-15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan