25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM bakal umum pembubaran Parlimen esok?

Ismail Sabri dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

Mesti Baca

DESAS-DESUS bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang selepas Perdana Menteri dilapor menghadap Yang di-Pertuan Agong sekali lagi hari ini.

Beberapa media malam ini melaporkan bahawa Ismail Sabri dijangka akan membuat pengumuman penting petang esok, dipercayai berkaitan pembubaran Parlimen.

New Straits Times melaporkan, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Parlimen mungkin dibubarkan seawal-awalnya esok,” lapor media tersebut yang memetik sumber.

Sementara itu, FMT pula melaporkan, seorang pegawai tinggi kerajaan mengesahkan pertemuan itu namun tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenainya.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting dari perdana menteri esok,”

Advertisements

Sekiranya Parlimen dibubarkan, bermakna Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam tahun ini sementelah parti-parti politik pembangkang dan prokerajaan Ismail Sabri menolak diadakan tahun ini.

Ini berikutan kebimbangan mereka terhadap bencana banjir yang dijangka akan melanda negara bermula bulan depan sehingga Mac 2023.

Beberapa negeri yang dikuasai oleh parti bukan BN mengesahkan tidak akan menyertai PRU-15 sekiranya diadakan tahun ini.

PH mengesahkan hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada tahun hadapan, begitu juga dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Pas.

Manakala empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor telah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing sebelum ini sementara Wilayah Persekutuan tidak mempunyai kerusi DUN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan