30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

UPSI jalin kerjasama dengan universiti Bulgaria

Kerjasama dengan Burgas Free University itu dalam bidang Pendidikan pendidikan awal kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalinkan kerjasama dengan sebuah universiti ternama di Bulgaria dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kerjasama yang dijalin dengan Burgas Free University (BFU) seiring dengan komitmen institusi pengajian itu untuk menjalinkan hubungan dengan universiti luar negara untuk menjayakan pelbagai usahasama.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memperluaskan perkongsian yang bermanfaat memacu imej universiti pendidikan tersohor itu di pentas global.

“Sehubungan itu, UPSI menerusi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) berhasrat membina kerjasama bersama dengan Burgas Free University, Bulgaria dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK),” katanya.

UPSI yang diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr. Suriani Abu Bakar berjaya memulakan langkah proaktif untuk meneroka usahasama dengan mendatangani perjanjian dan menyampaikan Surat Tunjuk Niat (LOI) yang disampaikan kepada Rektor, BFU, Prof Millen Baltov.

Beliau yang sedang mengadakan lawatan kerja di University of Oxford dan Cambridge University selama 10 hari, menggalas misi penting untuk menjadikan UPSI sebagai Universiti Nombor Satu Pendidikan bukan hanya di Malaysia, tetapi di bumi Eropah.

Sementara itu Suriani berkata, berdasarkan keperluan untuk memperkasakan Pendidikan Awal Kanak-kanak di kedua-dua buah negara, maka satu kerjasama perlu diwujudkan bagi mempertingkatkan kepakaran dalam dalam bidang ini.

“Melalui perjanjian usahasama yang termetri, kedua-dua universiti bakal berkongsi dari segi kepakaran penyelidikan melalui geran penyelidikan dan perundingan dalam bidang PAKK.

NDCRC, katanya, berperanan sebagai pusat penyelidikan, pembangunan pengajaran dan pengeluaran produk kanak-kanak dengan melibatkan kerjasama antarabangsa dengan Burgas Free University, Bulgaria ini.

Katanya, kerjasama itu juga diharapkan bukan sahaja dapat mewujudkan pusat kecemerlangan di kedua-dua buah negara, bahkan dapat membuka jalan dengan membabitkan program mobiliti pendidik dan pelajar.

“Saya berharap dengan kerjasama melalui penyelidikan, penerbitan, program pertukaran pelajar, pertukaran pengajaran dan sebagainya dapat meningkatkan lagi kedudukan (ranking) UPSI di persada antarabangsa.

Menurut Suriani, selain itu, peranan NCDRC dapat dipertingkatkan melalui potensi untuk membina Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak di bumi Eropah satu hari nanti. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan