28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

PN sedia tawaran baharu lebih baik untuk rakyat

Percaya rakyat akan memilih PN kerana ia merupakan pilihan terbaik masa ini berbanding PH yang terkenal kerana tidak menyempurnakan janji.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) bersedia dengan tawaran baharu yang lebih baik untuk rakyat selari prinsip perikatan berkenaan yang sentiasa mengutamakan rakyat dengan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bahkan, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya rakyat akan memilih PN kerana ia merupakan pilihan terbaik masa ini berbanding Pakatan Harapan (PH) yang terkenal kerana tidak menyempurnakan janji.

Manakala UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula, menurut beliau, sudah terpalit dan bergelumang dengan isu rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa.

“Saya menegaskan sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak, semangat yang ditunjukkan pada malam ini membuktikan Perikatan Nasional sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan sempena Pelancaran PN Negeri Perak di Kuala Kangsar, malam tadi.

Advertisements

Menurut Muhyiddin, pelancaran berkenaan sungguh bermakna ketika khabar angin berhubung PRU15 semakin kencang bertiup.

“Perak merupakan negeri keempat selepas Johor, Kelantan dan Terengganu Perikatan Nasional dilancarkan secara rasmi.

“Walaupun begitu saya difahamkan gabungan parti yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan ini sebenarnya sudah lama bergerak sejurus selepas terbentuknya kerajaan PN.

“Malah Perak merupakan antara negeri yang aktif melaksanakan pelbagai aktiviti dan program khususnya yang melibatkan rakyat,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan