25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ismail Sabri terima gelaran Datuk Patinggi Sarawak

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pula dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran "Datuk Amar".

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 846 penerima anugerah kebesaran negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Ismail Sabri dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pula dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, lima penerima dianugerahkan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Panglima Tentera Darat Jeneral, Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Tiga lagi penerima PNBS ialah Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI), Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg; bekas Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dollah dan bekas Pengerusi Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), Datuk Wong Kie Yik.

Advertisements

Tujuh penerima dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh.

Turut menerima PGBK ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Penguang Manggil; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik.

Sementara itu, seramai 10 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu dan 19 individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, pingat Johan Bintang Sarawak dianugerahkan kepada empat penerima, Johan Perkhidmatan Cemerlang (lima), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (22), Pegawai Bintang Sarawak (28), Pegawai Bintang Kenyalang (67) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (122).

Pingat Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 126 penerima, Ahli Bintang Kenyalang (95), Pingat Perkhidmatan Terpuji (184) dan 149 menerima Bentara Bintang Sarawak. — BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan