27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Zahid nasihat Mahathir henti label Melayu secara negatif

Tidak henti-henti melabelkan orang Melayu secara negatif boleh mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti melabelkan Melayu secara negatif.

Menurut Presiden UMNO, tindakan bekas Perdana Menteri itu tidak henti-henti melabelkan orang Melayu secara negatif boleh mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Beliau berkata, seseorang harus menasihati pemimpin politik berusia 97 tahun itu agar berhenti memperlekehkan kejujuran dan kebijaksanaan orang Melayu.

”Tun Mahathir perlu tahu majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana telah sedar akan kesilapan yang sebahagian mereka lakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mereka tidak mahu kesilapan lalu berulang gara-gara terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji-janji manis manifesto bukan kitab suci,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengulas kenyataan sinis Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan kembali menyokong UMNO dalam PRU-15 kerana ditawarkan wang dan insentif lain.

Advertisements

Kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu dibuat ketika beliau memberi maklum balas berhubung Bajet 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.

Zahid berkata, orang Melayu telah menyaksikan kerosakan bukan sahaja ekonomi, malah keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akibat kesilapan menolak BN dan memilih Pakatan Harapan (PH) diketuai Dr Mahathir sebagai kerajaan.

“Orang Melayu telah mengerti betapa penting kerajaan yang terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil untuk mentadbir demi kemakmuran tanah air.

“Janganlah hanya kerana majoriti orang Melayu tidak lagi mempercayai Pejuang, GTA (Gerakan Tanah Air), PH mahupun PN (Perikatan Nasional), maka dituduh pengundi Melayu menyokong UMNO kerana wang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan