34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tuntutan kedaulatan negara dimuktamadkan – Wan Junaidi

Ia berkaitan isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LANGKAH lanjut yang akan dilaksanakan untuk mengembalikan maruah serta kedaulatan negara berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sudah dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia selepas kerajaan selesai meneliti beberapa perkara, terutama membabitkan isu persempadanan maritim Malaysia dan Singapura.

Menurut beliau, selepas Laporan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini.

“Laporan itu disediakan oleh Pasukan Petugas Khas dalam tempoh sembilan bulan bermula 9 November 2021 sehingga 30 Ogos lalu.

“Pelbagai pendekatan dilaksanakan Pasukan Petugas Khas seperti meneliti dan menyemak dokumentasi serta material berkaitan, mengadakan siri perbincangan serta mesyuarat dan lawatan kerja dalam serta luar negara.

“Mereka turut mendapatkan khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juruhidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Wan Junaidi lagi, Pasukan Petugas Khas juga mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil merangkumi legal aspects, tort of misfeasance dan hubungan Malaysia-Singapura.

Menurutnya, penambahbaikan yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas melalui laporan ini bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbangkan hasil analisis, penelitian dan pemerhatian ahli Pasukan Petugas Khas.

“Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini dan menyokong dasar luar negara iaitu antara lainnya, menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan serta keselamatan Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan