27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wan Junaidi ketuai jawatankuasa PBTM, PVATM Sarawak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) itu pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan polis dan peguam sebelum menceburi politik.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sebaik ditubuhkan baru-baru ini, pihaknya meluluskan resolusi untuk mengemukakan memorandum kepada kerajaan Sarawak.

“Ia bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap kejayaan anggota polis dan tentera yang menabur jasa, bakti serta berkorban mengawal serta menjaga kedaulatan dan keselamatan Sarawak daripada ancaman pengganas komunis bermula tahun 1960 hingga 1990.

“Ramai anggota polis dan tentera terkorban dan tercedera dalam tempoh itu. Pengorbanan mereka untuk menghapuskan pemgganas komunis harus diberi perhatian sesuai dengan khidmat bakti yang mereka perjuangkan,” kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, ketika era komunis di Sarawak, pembabitan pasukan polis dan tentera sukar dilupakan.

“Kita sangat berhutang budi kepada pasukan keselamatan sehingga berjaya menghapuskan aktiviti keganasan komunis dan sejak berakhirnya era komunis pada 1990 kita boleh menikmati kehidupan yang aman sejahtera, ” katanya.

Pada mesyuarat sulung jawatankuasa bertindak itu baru-baru ini, Timbalan Pengerusi PBPM, Abang Narawi Abang Aris dan Yang Dipertua PVATM Sarawak, Jimbau menyerahkan kertas cadangan kepada Wan Junaidi yang akan menyediakan jadual strategik bagi membawa perkara yang dibincang dan dipersetujui kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan