28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kurang oksigen dalam badan punca 4 pengsan di Bentong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT sekeluarga pengsan di dalam kenderaan yang dinaiki dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan ketika perjalanan sebelum merempuh Plaza Tol Bentong, Pahang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa terdiri daripada seorang lelaki, seorang perempuan dan dua orang kanak-kanak didapati tidak sedarkan diri lalu melanggar pintu Plaza Tol Bentong.

Menurut beliau, kesemua mangsa dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor.

“Pegawai dan anggota bertugas Inspektor Ridhwan Kassim, Koperal Mohamad Azuwan Aziz bersama pegawai dan anggota daripada JSPT Bukit Aman telah memberi bantuan awal kepada kesemua mangsa.

“Pegawai bertugas juga telah mengeluarkan mangsa dari kereta dengan dibantu oleh orang awam dan menghubungi pihak hospital untuk tindakan susulan,” katanya hari ini.

Ujar beliau lagi, tindakan pantas tersebut telah dapat menyelamatkan empat nyawa.

“Pihak polis berharap kesemua pengguna jalan raya berhati – hati semasa memandu di musim perayaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, perkongsian di media sosial Facebook, Polis Bentong itu mendapat reaksi dari anak sulong mangsa kejadian.

Pengguna akaun sosial Facebook dengan nama Syafiq Mok itu menzahirkan kesyukuran keluarganya terselamat dalam kejadian itu.

“Keluarga saya selamat semuanya dan sekarang mereka semua sudah sedarkan diri.

“ … punca pengsan dan tak sedarkan diri kene keracunan oksigen penghawa dingin… ayah dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota dan sesiapa yang terlibat membantu keluarga saya,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan