26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Datuk Seri antara 24 individu ditangkap dalam parti liar

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, polis turut merampas dadah jenis katamine dan pil ecstasy berjumlah keseluruhan bernilai RM800.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU bergelar Datuk Seri antara 24 orang yang ditangkap dalam parti liar dan dadah yang diadakan di sebuah banglo di Janda Baik, Bentong, Pahang, awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, polis turut merampas dadah jenis katamine dan pil ecstasy berjumlah keseluruhan bernilai RM800. 

Menurut Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar, hasil maklumat orang ramai, polis menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa sebanyak RM15,000 di Janda Baik.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan dan merampas dadah dipercayai jenis katamine seberat 2.18 gram dan pil ecstasy seberat 1.43 gram bernilai keseluruhan RM800. 

“Suspek bergelar Datuk Seri ditahan bersama 24 lagi terdiri daripada 17 warganegara tempatan dan lapan warganegara asing,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Baca juga:   'Kerajaan gagal' hanya label hitam, propaganda politik - Nordin

Ujar Zaiham lagi, suspek terdiri daripada 15 orang lelaki dan 10 orang wanita berusia antara 18 hingga 64 tahun.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing ke atas 25 suspek didapati positif methamphetamine dan ditahan  selama empat hari bermula bermula hari ini sehingga 14 Ogos ini. 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. 

Zaiham menegaskan, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dengan dadah dan akan mengambil tindakan tegas berasaskan undang-undang.

-EDISI9

Baca juga:   RISDA peruntuk RM5.86 juta tingkat produktiviti getah di Johor

Wartawan

Terkini

Kanak-kanak 2 tahun maut terjatuh dari kerusi bayi di restoren

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhentak ketika jatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran...

Lagi Artikel Berkaitan