27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anwar ziarah penyanyi 80-an, Rohana Jalil

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi popular 1980-an, Rohana Jalil yang sedang menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras pada Jumaat lalu.

Rohana, 68, kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat kebocoran usus.

Tahap kesihatan penyanyi lagu Rayuanku itu masih dipantau pasukan perubatan.

“Jumaat lalu saya berkesempatan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menziarahi saudara Adzis Ismail dan seniwati Rohana Jalil.

Advertisements

“Seniwati Rohana sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), akibat kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan,” kongsinya melalui kiriman Facebook pada Ahad.

Selain itu, Perdana Menteri turut melakukan kunjungan rakan lamanya ketika di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Adzis Ismail yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan.

“Manakala saudara Adzis yang merupakan rakan saya semasa di MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar) sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan yang dialami.

“Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah, Insya-Allah,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan