30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Semoga dapat masuk Syria, doakan kami – Dr Akmal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SEMOGA kita dapat masuk ke Syria bantu rakyat di negara ini dan pulang dengan selamat,”.

Itu harapan dititipkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengikuti misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon doa rakyat Malaysia supaya kumpulan misi kemanusian dipermudahkan urusan menyalurkan bantuan di Turkiye dan Syria.

Ia merupakan inisiatif kerajaan Negeri Melaka dan dua pertubuhan bukan kerajaan (MGO), Briged Negaraku serta Malaysian Youth Volunteer Community (Myvoc).

Dr Muhamad Akmal berkata, kerajaan negeri Melaka bersama NGO Briged Negaraku telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusian bagi membantu Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi selain menerima sumbangan sebanyak RM400,000 daripada tabung yang dilancarkan sebulan lalu.

“Kita akan berangkat ke Turkiye dan kemudian Syria untuk menyampaikan beberapa sumbangan yang juga merupakan keperluan antaranya tujuh rumah kabin dan bahan makanan di Turkiye manakala untuk Syria pula kotak makanan, wang tunai RM30,000, 145,000 keping roti dan alat tulis kanak-kanak,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini memetik laporan Malaysia Gazette.

Bagaimanapun, Dr Muhamad Akmal yang merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, beliau tidak pasti tujuh sukarelawan termasuk doktor dan pakar psikatari dibenarkan memasuki Syria.

“Syria sedang berperang malah semalam kita difahamkan terdapat pertempuran. Kita sedang bekerjasama dengan sebuah NGO yang dinamakan sebagai IHH yang akan bantu kita.

“Kita minta rakyat Malaysia doakan kita sebaiknya,”ujarnya.

Pada 6 Februari lalu gempa bumi magnitud 7.4 menggegarkan  Kahramanmaras, Turkiye disusuli beberapa siri gegaran susulan berukuran 6.4 magnitud di sempadan Turkiye-Syria pada 20 Februari, serta gempa bumi bermagnitud 5.8 beberapa minit kemudian yang berpusat tidak jauh dari gegaran pertama di wilayah Hatay, Turkiye.

Lebih 50,000 kematian dilaporkan di Turkiye dan Syria dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sebanyak AS$1 bilion diperlukan bagi membantu mangsa yang terkesan.

Beberapa keping gambar misi kemanusian tersebut turut dikongsikan Dr Muhamad Akmal di dalam hantaran Facebook beliau. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan