26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Hidu gam sambil memandu, pasangan suami isteri disiasat

Ujian air kencing mendapati pasangan itu bebas mengambil bahan terlarang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri disiasat selepas satu rakaman video yang memaparkan mereka sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak menaiki kereta dengan pemandunya menghidu gam, tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pasangan suami isteri berusia 33 dan 23 tahun itu dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah di sini oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik kelmarin.

Menurut beliau, hasil soal siasat pihaknya mendapati hanya suspek lelaki mengaku menghidu gam.

“Pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 malam, pasukan kita pergi ke Pernu dan berjumpa dengan pemilik kenderaan terbabit untuk memeriksa kereta yang tular.

“Pemandu lelaki dan dua penumpang iaitu isteri serta anak tirinya berusia empat tahun dikesan dan dibawa ke balai polis.

“Hasil soal siasat hanya si suami mengaku dia menghidu gam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Christopher berkata, ujian air kencing mendapati pasangan itu bebas mengambil bahan terlarang.

“Kertas siasatan dibuka di bawah peraturan 17 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959 dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, klip video berdurasi 17 saat itu tular memaparkan seorang lelaki memandu kereta jenis Proton Iswara dilihat menghidu sesuatu dalam plastik dengan seorang wanita di tempat duduk penumpang hadapan.

Menerusi video sama, individu yang merakam mendakwa terdapat seorang kanak-kanak perempuan di tempat duduk belakang.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan