24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemandu maut dalam perlumbaan ‘drag’

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG peserta perlumbaan drag maut kemalangan semasa menyertai perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 di Litar Lumba Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini.

Mangsa, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin atau dikenali sebagai Apeh Jamal meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

Ekoran insiden tersebut, penganjurnya, MUSC Motorsport berkata, perlumbaan itu telah dihentikan dengan serta-merta dan ditangguhkan.

Advertisements

“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.

“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak,” katanya menerusi Facebook hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan