31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Khairy ucap terima kasih kepada pengundi Rembau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan terima kasih kepada para pengundi di kawasan Parlimen tersebut yang memberi peluang kepadanya berkhidmat selama tiga penggal.

Ucapan itu amat bermakna bagi Menteri Kesihatan itu memandangkan beliau dijangka tidak lagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Rembau forever. Terima kasih memberi saya peluang dan amanah untuk mewakili anda selama tiga penggal.

“Tiada ucapan selamat tinggal tetapi jumpa lagi di kemudian hari. Insya-Allah,” katanya menerusi Instagram beliau, hari ini.

Dalam rakaman video yang dimuat naik itu, Khairy turut dilihat mengambil plak tanda namanya di atas mejanya di Dewan Rakyat.

Tangkap layar catatan yang dimuatnaik di Instagram beliau.

Khairy dijangka akan melepaskan kerusi Rembau kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di peringkat Parlimen.

Susulan itu, beliau mengambil sikap terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen dalam PRU-15 nanti.

Baca juga:   4 lagi penularan tempatan varian Omicron dikesan

Katanya, ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding nanti, namun yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti.

“Saya orang politik, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun.

“Banyak kerusi yang ditawarkan kepada saya, namun yang menawarkan adalah pemimpin tempatan. Yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti.

“Negeri Sembilan atau Lembah Klang, saya terbuka,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Polis gempur ‘sarang’ dadah, tahan 220 individu

Wartawan

Terkini

Tak serik didakwa kali ketiga curi pakaian, seluar dalam lelaki

SEORANG wanita yang juga ibu tiga anak tidak serik-serik apabila dia sekali lagi dituduh atas kesalahan serupa iaitu mencuri...

Lagi Artikel Berkaitan