32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bajet 2023 boleh direalisasikan melalui mandat baharu

Sebuah kerajaan kuat dan stabil yang mendapat sokongan serta mandat padu daripada rakyat perlu dibentuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAWARAN pakej rangsangan dan bantuan kepada rakyat melalui Bajet 2023 hanya boleh direalisasikan melalui pembentukan mandat baharu dan suasana politik yang stabil.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, intipati Bajet 2023 penting untuk direalisasikan bagi mendepani cabaran ekonomi yang dijangka lebih getir tahun depan susulan kelembapan kadar pertumbuhan ekonomi dunia yang diunjurkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menyambut baik pembubaran Parlimen semalam, bagi memberi laluan kepada negara ke arah kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, sekali gus mensejahterakan rakyat melalui pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Malaysia tidak terkecuali terkena tempias daripada persekitaran ekonomi global yang mencabar.

“Maka, sudah tiba masanya negara melakukan perubahan ketara bagi memacu kembali ekonomi yang lebih baik.

“Sebuah kerajaan kuat dan stabil yang mendapat sokongan serta mandat padu daripada rakyat perlu dibentuk bagi menghadapi cabaran yang getir ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

IMF sebelum ini mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia tahun 2023 adalah pada 2.9 peratus, berbanding 3.8 peratus dalam unjuran awal yang dibuat pada Januari lalu.

Noraini berkata, ia menunjukkan persekitaran ekonomi dunia termasuk Malaysia pada 2023 dijangka berada dalam keadaan yang tidak menentu dan mencabar disebabkan pelbagai faktor.

Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion yang juga peruntukan terbesar dalam sejarah negara di Dewan Rakyat.

Bajet bertemakan Keluarga Malaysia: Makmur Bersama itu mempunyai agenda yang responsif, bertanggungjawab dan reformis bagi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan melalui lebih 100 inisiatif rakyat.

Tiga hari selepas Bajet 2023 dibentangkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bagaimanapun mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan