27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kanak-kanak 9 tahun maut dalam kemalangan dua kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak berusia sembilan tahun maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dalam kejadian di kawasan berhampiran Mydin Nusajaya, Jalan Ismail Sultan, East Ledang, Iskandar Puteri, malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Nazran Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.44 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Vios dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

“Terdapat seramai empat orang mangsa di dalam kenderaan Toyota Vios, dengan seorang daripada mereka iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tersepit di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut.

“Kanak-kanak yang tersepit itu dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun telah disahkannya meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ahmad Nazran berkata, pemandu Toyota Vios iaitu seorang lelaki berusia 45 tahun mengalami kecederaan parah.

“Manakala dua lagi penumpang iaitu seorang wanita berusia 45 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun hanya cedera ringan.

“Sementara itu, pemandu Toyota Avanza iaitu seorang lelaki berusia 22 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian kaki akibat kemalangan tersebut.

“Kesemua mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan lanjut,”katanya.

Ahmad Nazran turut memaklumkan pihaknya turut bertindak membersihkan tumpahan minyak akibat kemalangan tersebut menggunakan habuk kayu.

“Operasi itu kemudiannya ditamatkan pada pukul 10.38 malam,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan