31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

FIJO mampu tarik Johor sebagai pemain utama industri halal

Sempena FIJO 2022, Onn Hafiz turut menyaksikan 5 syarikat tempatan menandatangani MOU bersama syarikat dari Indonesia, dengan sasaran jualan terkumpul sebanyak RM46 juta dalam masa 5 tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGANJURAN Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) dilihat mampu membuka peluang serta potensi menaikkan status Johor sebagai antara pemain utama dalam industri halal serantau dan antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, FIJO 2022 yang berlanhsung lima hari itu mensasarkan nilai jualan berjumlah RM20 juta, iaitu peningkatan daripada RM7.1 juta semasa FIJO 2019.

Menurutnya, penganjuran FIJO pada tahun 2024 diharap akan dapat meningkatkan lagi penyertaan pempamer dan usahawan tempatan dan luar negara.

“Ini akan dapat menambah jaringan pemasaran dan pelaburan, sekali gus menaikkan status Johor sebagai antara pemain utama dalam industri halal serantau dan antarabangsa.

“Saya juga teruja melihat penglibatan antarabangsa dari 15 negara termasuk Syria, Iraq dan Turki yang datang bukan sahaja bagi menjalinkan hubungan dagangan, tetapi untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk dan perkhidmatan yang dijamin halal,” katanya dalam Facebook, semalam.

Baca juga:   Janusha buktikan kewibawaan wanita kita dalam ketenteraan

Ujar Onn Hafiz lagi, sempena FIJO 2022, beliau turut menyaksikan 5 syarikat tempatan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama syarikat dari Indonesia, dengan sasaran jualan terkumpul sebanyak RM46 juta dalam masa 5 tahun.

Ternyata menurut beliau, potensi industri halal akan hanya terus berkembang, dengan pasaran pengguna dunia yang besar pada masa ini iaitu seramai 1.9 bilion penganut Islam.

“Perbelanjaan komuniti Muslim global pada 2021 juga mencecah US$2 trilion dan dijangka meningkat lagi 9.1 peratus pada tahun ini.

Baca juga:   346 kematian seluruh negara semalam, kecuali di 4 negeri

“Lebih menarik lagi, permintaan produk halal oleh pengguna bukan Islam juga dilihat semakin meningkat kerana diyakini bersih dari sebarang kekotoran,” katanya.

FIJO 2022 berlangsung selama empat hari mulai 29 September hingga 2 Oktober (semalam).

Festival berkenaan menyediakan 300 lot pempamer serta melibatkan lapan kluster pempamer iaitu teknologi maklumat dan telekomunikasi; agensi kerajaan; teknologi makanan; kewangan dan e-dagang; perindustrian dan jentera; farmaseutikal, kosmetik dan fesyen; pelancongan serta pendidikan.

Festival itu akan mengumpulkan pengusaha dan usahawan produk halal serta patuh syariah termasuk dari peringkat antarabangsa antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom dan beberapa negara Timur Tengah.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Import telur atasi kekurangan bekalan – Mat Sabu

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan telur dalam negara dengan kadar segera bagi keterjaminan bekalan...

Lagi Artikel Berkaitan