24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Tips jimatkan wang ketika membuat transaksi antarabangsa

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

PERNAHKAH anda terkejut melihat penyata kad kredit anda pada hujung bulan selepas membeli sesuatu dari kedai dalam talian antarabangsa?

Adakah caj keseluruhan yang dikenakan ke atas kad kredit anda kelihatan tidak sama jumlahnya dengan yang anda lihat semasa semakan akhir?

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membeli-belah secara dalam talian menjadi semakin popular kerana ia membolehkan kita membeli pelbagai barangan dengan hanya beberapa klik pada peranti elektronik kita.

Pun begitu, ramai rakyat Malaysia masih terdedah kepada fi tersembunyi dan caj yang tidak adil apabila melakukan pembelian, perlancongan, dan pemindahan dana antarabangsa.

Dalam keadaan inilah pentingnya mempunyai akaun mata wang asing yang boleh membantu menyelaraskan cara anda menghantar, membelanja atau menerima wang.

Sama ada anda menggunakannya untuk tujuan peribadi atau perniagaan, akaun mata wang global ini memberikan kebebasan tambahan dan memadamkan sempadan.

Di sini dikongsikan beberapa cara bagaimana akaun dan kad mata wang asing boleh membantu memudahkan hidup anda.

  1. Berbelanja dalam mata wang tempatan apabila membuat pembelian antarabangsa

Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia memang suka membeli-belah.

Apabila pandemik melanda, ramai rakyat negara ini beralih daripada berbelanja di pusat beli-belah kepada kedai dalam talian, sama ada kedai tempatan mahupun antarabangsa.

Peralihan ke pembelian dalam talian ini didorong oleh keperluan tetapi ia turut membantu ramai rakyat Malaysia untuk membeli barangan kegemaran mereka dalam suasana selesa dan selamat di rumah sendiri.

Bagaimanapun, transaksi begini boleh mengecewakan apabila kita berdepan dengan fi tersembunyi dan kadar tukaran yang tidak menentu.

Oleh itu, cara terbaik bagi menangani perkara ini ialah dengan memilih untuk membayar dalam mata wang negara di mana anda membeli – di sinilah akaun mata wang asing anda akan memainkan peranannya.

Membayar seperti orang tempatan untuk menjimatkan fi tambahan dan mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik!

  1. Kawal kewangan anda apabila melancong ke luar negara
Baca juga:   Perkahwinan anak Ku Nan dapat liputan media antarabangsa

Situasi pandemik yang semakin reda mendorong banyak negara untuk membuka sempadan mereka — keputusan yang mengujakan ramai rakyat Malaysia yang mula merancang percutian masing-masing dengan teliti.

Baca juga:   Negeri Fasa 2 tak akan 'berpatah balik' ke Fasa 1 - Tengku Zafrul

Oleh itu, jika anda bercadang untuk melancong ke luar negara, mempunyai kad mata wang asing akan membantu anda berbelanja dalam pelbagai mata wang tidak kira di negara manapun anda berada, dengan kadar tukaran yang lebih baik, dan biasanya lebih rendah daripada bank tradisional anda.

Anda tidak perlu risau tentang penipuan kerana anda sentiasa berada dalam keadaan terkawal apabila menggunakan akaun mata wang asing, dengan notifikasi transaksi yang pantas dan boleh membekukan kad anda serta merta.

Anda juga dapat berbelanja seperti orang tempatan kerana anda boleh menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun mata wang asing anda di ATM di seluruh dunia.

  1. Mendapat bayaran seperti orang tempatan walaupun dari pelanggan luar negara

Bekerja secara bebas adalah antara cara terbaik untuk menyokong gaya hidup yang tidak terikat dengan kerja pejabat yang tradisional.

Bagi ramai orang, ia juga adalah peluang untuk bekerja dalam syarikat yang menarik di negara yang berbeza.

Ia juga bermakna mempunyai kebebasan untuk merancang hari anda, dan pada masa sama, anda bertanggungjawab mengekalkan aliran kerja yang berterusan.

Meluaskan horizon anda kepada kelompok pelanggan serantau atau global boleh membuahkan hasil yang lebih baik dan mungkin pendapatan yang lebih tinggi juga.

Tetapi timbul satu persoalan, bagaimana bayaran yang anda terima? Kebanyakan syarikat berusaha membayar pekerja bebas mereka dalam mata wang tempatan.

Jadi, di sinilah terletaknya kepentingan akaun mata wang asing, yang membolehkan anda menerima gaji dan pembayaran invois dalam mata wang tempatan mereka, yang boleh ditukarkan ke mata wang tempatan anda untuk digunakan.

Baca juga:   Mara Liner tetap sediakan perkhidmatan di luar bandar

Maka tiada lagi fi bank yang tinggi atau kadar tukaran wang yang tidak adil untuk kedua-dua belah pihak!

  1. Menguruskan aset luar negara anda dari jauh

Sebaik anda membeli aset di luar negara, anda akan berfikir tentang cara yang paling sesuai untuk membayar utiliti, cukai, dan lain-lain fi mandatori.

Untuk mentafsir caj yang tidak pasti dan tersembunyi yang dikenakan apabila melakukan pemindahan wang melalui bank memang boleh membuatkan kita berasa tertekan.

Lagi pun, tiada siapa yang mahu membayar lebih daripada sepatutnya, kerana ia hanya akan menyebabkan kerugian wang.

Baca juga:   Tajuddin digugur sebagai duta besar ke Indonesia?

Inilah hakikatnya jika anda membeli aset sebagai pelaburan dan menjadikannya sebagai Airbnb atau ruang acara untuk disewa.

Satu pilihan yang bagus untuk menguruskan aset begini ialah dengan memiliki akaun mata wang asing, di mana anda boleh membayar dan menerima bayaran dalam mata wang tempatan, dan kemudian menukarnya ke dalam mata wang yang anda inginkan apabila mendapat kadar tukaran yang baik.

Ia mempermudahkan urusan dan memadamkan kerumitan pengurusan aset — selain menjimatkan wang.

Anda juga perlu tahu pentingnya untuk memilih akaun mata wang asing yang membolehkan anda menyimpan sementara, menerima atau menukar pelbagai mata wang berbeza pada kadar yang serendah mungkin.

Dengan Wise, anda akan dapat menikmati kadar tukaran pasaran pertengahan untuk pemindahan, penukaran dan banyak lagi tanpa fi tersembunyi.

Ciri lain yang perlu diperhatikan ialah pengesahan keselamatan 3-D, yang memastikan setiap transaksi adalah selamat.

Jadi, jika anda mahu menjalankan transaksi antarabangsa dari suasana selesa di rumah anda atau mengelilingi dunia untuk melihatnya sendiri, maka memiliki akaun mata wang asing adalah satu langkah yang bijak.

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan