28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2 kematian akibat denggi, kes naik 199 peratus tahun ini

Kumulatif kes demam denggi bagi tahun ini pula adalah sebanyak 43,544 kes berbanding 19,886 kes tahun lalu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh minggu epidemiologi ke-39 tahun ini iaitu dari 25 September hingga 1 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi tempoh sama sebanyak 1,460 kes denggi dilaporkan berbanding 1,533 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 73 kes atau 4.8 peratus.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini bagi tahun ini pula adalah sebanyak 43,544 kes berbanding 19,886 kes bagi tempoh sama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 23,658 kes atau 119 peratus.

“Manakala sebanyak 26 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 13 kematian bagi tempoh sama pada 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jumlah lokaliti hotspot kes denggi pula terus menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 55 lokaliti hotspot dilaporkan minggu ini berbanding 48 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Daripada 55 lokaliti itu, 33 (60 peratus) berada di Selangor, 16 (29 peratus) lokaliti di Sabah dan enam (11 peratus) lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan pemantauan kes Chikungunya pada minggu epidemiologi ke-39 mendapati tiga kes dilaporkan dengan kesemuanya adalah dari Negeri Sembilan.

“Jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini adalah 649 kes.

“Bagi survelan Zika pula, sebanyak 1,488 sampel darah dan 15 sampel urine telah dijalankan saringan dan hasilnya kesemuanya adalah negatif,”katanya.

Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai agar memastikan kawasan sekitar rumah termasuk kawasan kebun komuniti tidak menjadi potensi pembiakan nyamuk Aedes susulan peralihan monsun yang akan menyebabkan hujan lebat seperti dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan