28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Yana kongsi gambar Rosmah berdoa di subuh hari

Nooryana juga mengakui ibunya adalah wanita yang sentiasa di sisi Najib sepanjang perjalanan dan jatuh bangun beliau.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GAMBAR dan hantaran terbaharu yang dikongsikan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Instagram beliau mengusik hati pengikut media sosialnya itu.

Nooryana Najwa Najib memuat naik gambar ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang lengkap memakai telekung sedang menadah tangan berdoa.

“Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini. Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah, adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.

“Sempat mengambil gambar ini waktu Subuh tadi. Mummy seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, suaminya di sisi,” katanya hari ini.

Nooryana turut meluahkan kagum dengan semangat ibunya yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga meskipun dirinya sedang bergelut dengan masalahnya sendiri.

“Seorang ibu yang kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.

“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya ‘di mana atuk?’” ujarnya.

Nooryana juga mengakui ibunya adalah wanita yang sentiasa di sisi Najib sepanjang perjalanan dan jatuh bangun beliau.

“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya.

“Sebagaimana saudara saudari semua, mummy juga percaya bahawa DSN berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya.

“Kita akan terus berusaha dan berdoa untuk kesihatan dan kebebasan DSN agar dapat ketenangan dan kedamaian di masa DSN sudah berumur kini,” luahnya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan