32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Mesyuarat MKT UMNO ditangguh ke 30 September ini

Tarikh baru mesyuarat ialah pada hari Jumaat, 30 September jam 8 malam yang juga mesyuarat penuh MKT Umno.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sepatutnya diadakan malam esok dijadualkan semula pada 30 September ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat khas itu ditangguhkan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbabit dengan acara Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi malam esok.

“Tarikh baharu mesyuarat ialah pada hari Jumaat, 30 September jam 8 malam yang juga mesyuarat penuh MKT UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai agenda mesyuarat itu diadakan.

Pada masa yang sama, Ahmad berkata, para pimpinan UMNO dijemput untuk menghadiri Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) yang bermula 2 petang esok.

Majlis itu berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Baca juga:   UMNO tidak akan berpecah sebab Tajuddin - Ahmad Maslan

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perjumpaan ‘top five’ Umno untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijangka esok ditangguhkan.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno mengesahkan perkara itu dan memberitahu sebelum mesyuarat MKT dijalankan, kebiasaannya ‘top five’ akan bertemu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan