27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

Anak patah kaki, bapa cedera ringan, rempuh lori sampah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA beranak berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori sampah di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) susur keluar Hospital Serdang, hari ini.

Dalam kejadian itu, Hazarul Arifin Ramli, 49, mengalami cedera ringan manakala anaknya, Hadirah, 23, patah kaki kanan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 6.43 pagi.

“Seramai 10 anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama anak perempuannya telah merempuh bahagian belakang sebuah lori sampah,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan anaknya tersepit di bahagian penumpang (sebelah kanan) dan patah kaki kanan, manakala bapanya hanya cedera ringan.

Baca juga:   Tahun Baharu Cina: 1.6 juta kenderaan dijangka di lebuh raya

“Mangsa berjaya dikeluarkan pihak petugas dan kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,”katanya. – Edisi 9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan