31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Terus perkukuh kesepaduan dan keharmonian – Muhyiddin

Nilai-nilai murni seperti inilah yang membawa kejayaan kepada kita sewaktu berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuhkan kesepaduan dengan sentiasa menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, tanggal 16 September merupakan satu lagi tarikh bersejarah bagi negara kerana pada tarikh ini terbentuknya persekutuan Malaysia yang menggabungkan semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kejayaan ini adalah hasil perjuangan para pemimpin terdahulu yang mahu melihat kewujudan sebuah negara yang berdaulat, merdeka, harmoni, maju, makmur dan sejahtera.

“Marilah kita hargai segala pengorbanan mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan perpaduan dan keharmonian yang telah kita kecapi selama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Presiden Bersatu, berkata perpaduan dan keharmonian dapat dicapai jika terus berpegang pada prinsip saling menghormati, bantu membantu, bertoleransi dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

“Nilai-nilai murni seperti inilah yang membawa kejayaan kepada kita sewaktu berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19 sedikit masa dahulu.

“Sambutan Hari Malaysia merupakan simbol penyatuan rakyat Malaysia daripada pelbagai pelbagai kaum, latar belakang dan keturunan yang sekaligus menjadi tonggak kekuatan Malaysia selama ini.

“Sama-samalah kita jaga dan pelihara Malaysia yang kita cintai ini. Selamat Hari Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan