25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Usaha tingkat, kukuh pendidikan digital negara – Radzi Jidin

Terdapat banyak teknologi terkini dan menarik yang dibentangkan sepanjang sesi Edutech Pitching itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi meningkatkan dan memperkukuhkan lagi pendidikan digital negara.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi menyemarakkan lagi program “Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan”, beliau bersama pengurusan tertinggi dan pegawai KPM dalam sesi Edutech Pitching bagi mendengar pembentangan oleh wakil syarikat-syarikat pemain industri pendidikan digital di negara ini.

Menurutnya, pembentangan tersebut adalah berkenaan produk yang ditawarkan oleh pemain industri tempatan.

“Sebanyak 26 syarikat, 2 individu dan sebuah universiti mengambil bahagian dalam pembentangan tadi. 

“Antara lain, sesi ini bertujuan mendengar dan melihat sendiri kemudahan dan teknologi pendidikan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tempatan yang boleh diaplikasikan dalam menambahbaik dan mengoptimumkan sistem pendidikan digital negara,” katanya dalam Facebook, malam tadi.

Ujar Radzi lagi, terdapat banyak teknologi terkini dan menarik yang dibentangkan sepanjang sesi Edutech Pitching itu.

Advertisements

“Dengan inovasi dan produk digital terkini, kami dapati pemain-pemain industri pendidikan digital tempatan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan syarikat luar.

“Syabas dan terima kasih kepada semua pembentang yang begitu komited untuk bersama-sama memajukan pendidikan negara,” kongsinya.

Awal Ogos lalu, Radzi selepas merasmikan Forum Transformasi Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Kuala Lumpur menyatakan transformasi pendidikan bukan hanya tertumpu kepada pentaksiran semata-mata, malah turut meliputi inovasi dalam pedagogi serta penerapan teknologi pendigitalan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil dilaksanakan dan dikuasai warga pendidik dengan mengambil kira keupayaan mereka meneroka kaedah pengajaran secara dalam talian atau Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika tempoh dua tahun yang sukar akibat pandemik Covid-19.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan