32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dua pekerja sangkar ikan ditahan di Pulau Jerejak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA pekerja sangkar ikan tanpa pengenalan diri ditahan pihak berkuasa ketika berada di atas bot di kedudukan 0.18 batu nautika selatan Pulau Jerejak, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, penahanan dilakukan ketika dalam pemeriksaan rutin anggota penguat kuasa bot ronda melalui OP PERTIWI ke atas bot sangkar ikan bernombor PPF (R) 102 kira-kira pukul 9.15 malam.

Menurutnya, masing-masing dua pekerja sangkar ikan tersebut merupakan warga tempatan dan Nepal yang berusia 31 dan 40 tahun.

“Pekerja sangkar warga Nepal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika pemeriksaan dilakukan.

Advertisements

“Kedua-dua orang yang disyaki salah (OYDS) itu kemudian ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 melanggar syarat sah Lesen Kultur Laut iaitu tidak menggunakan 100 peratus pekerja warganegara kecuali dengan kelulusan Pengarah Perikanan Malaysia dan bekerja di tempat yang bukan tertera pada permit kerja bot.

Justeru, beliau menegaskan kepada semua terutama pemilik sangkar ikan agar tidak sesekali menggajikan warga asing tanpa kebenaran selain tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pemilik yang gagal mematuhi undang-undang sedia ada.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang ditalian: 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan