28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wanita tak mengaku toreh bekas suami

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini, atas pertuduhan mencederakan bekas suaminya, pada Mei lalu.

Tertuduh yang hanya merupakan suri rumah telah memukul muka dan menoreh belakang mangsa dengan pisau akibat perselisihan faham.

Tertuduh, Nurhayati Serurahman, 33, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan penama, Mohamad Sabri Hussin, 33, di sebuah rumah di Kampung Tambak Sebelong, Kandang, dalam daerah Melaka Tengah, pada kira-kira jam 2.45 pagi, pada 10 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326(A) kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam bela.

Mengikut fakta, berlaku pertengkaran antara tertuduh dan bekas suami sebelum tertuduh memukul muka dan menoreh belakang lelaki itu dengan pisau hingga cedera, serta mengancam membunuhnya.

Tertuduh turut cedera akibat dicekik di leher, dihantuk dengan kepala di muka oleh pengadu dan kedua-duanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Mereka membuat laporan polis berasingan berhubung kejadian itu.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan