27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Usah sedu-sedan, Pas sendiri robek kepercayaan MN – Zahid

Muafakat Nasional lahir daripada keperluan mendesak dua parti terbesar Malaysia akibat daripada kehilangan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan pada ketika itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS tidak usah bersedu-sedan dengan kegagalan Muafakat Nasional (MN) yang dijalin dengan UMNO kerana parti itu sendiri yang merobek kepercayaan yang menjadi kunci muafakat tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas sendiri yang sentiasa bermain cara selamat dan mandi dalam beberapa kolam apabila menganggotai Perikatan Nasional (PN) di bawah Bersatu.

“Bagaimanakah kestabilan, keyakinan dan kerjasama yang kukuh dapat terjalin sekiranya perkara paling asas iaitu prinsip dan kepercayaan diabaikan?

“Lebih lagi dengan parti yang sememangnya jelas ingin menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Zahid mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu tidak pernah mengisytiharkan pembubaran MN.

Berikut kenyataan penuh Zahid:

Saya mengambil maklum pandangan YB Timbalan Presiden Pas semalam yang menyatakan bahawa Pas tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional.

Biarlah di sini dikongsi berkenaan citra yang terlahir daripada gagasan Muafakat Nasional. Sekurang-kurangnya daripada perspektif saya dan juga Parti, dan mengapa gagasan yang formidable sebegini akhirnya gagal dipertahankan.

Pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional ketika berkempen di PRK DUN Chini.

Muafakat Nasional lahir daripada keperluan mendesak dua parti terbesar Malaysia akibat daripada kehilangan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan pada ketika itu.

Keyakinan kepada kerajaan PH ketika itu mula menyusut, masa hadapan ketika itu kelihatan malap dan hala tuju semakin tak jelas. Itu sudah jadi nukilan sejarah yang tidak perlu lagi dihuraikan dengan panjang lebar.

Baca juga:   Kadar kemasukan ke hospital meningkat - Khairy
Baca juga:   PTJ perlu mudahkan GCR penjawat awam - Ahmad Zahid

Tetapi atas sebab itulah Muafakat Nasional ditawarkan kepada rakyat Malaysia, sebagai satu bentuk resolusi yang berani dan tegas daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau kelas sosial, supaya Malaysia dapat dipimpin semula dengan lebih terarah dan bertanggungjawab.

Kerjasama UMNO dengan Pas seharusnya menjadi entiti terbaik bagi memimpin jalan kehadapannya.

Mengapa? kerana di dalam PRU-14 yang lalu, jumlah undi kepada BN yang dipimpin UMNO dan Pas boleh mencecah hampir 50 peratus undi yang mengatasi undi PH.

Rakyat pula tidak yakin dengan janji melangit yang ditawarkan PH dan barisan kepimpinannya.

Semangat Muafakat Nasional tidak sekadar dimanifestasikan sebagai kerjasama politik, tetapi terjemahan besarnya adalah dalam satu bentuk wadah nasional yang lebih subur dan murni yang dipasakkan kepada sejarah dan watak Malaysia, Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan.

Sepertimana idealisme yang terbentuk melalui etos the American Dream, yang dimiliki dan dicerapkan dalam kehidupan harian rakyat di Amerika. Bukan sekadar retorik politik.

Muafakat Nasional memerlukan kestabilan dan kekuatan politik, dan citra ini diterjemahkan oleh rakyat melalui siri-siri kemenangan dalam PRK selePas PRU14 yang memperlihatkan synergy yang jelas antara kedua-dua parti dan menghantar mesej yang jelas kepada Kerajaan ketika itu untuk memperbetulkan haluan dan mendengar nadi rakyat. Ini semua telah dijadikan sandaran asas dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional.

Baca juga:   Sekolah di negeri Fasa 4 PPN, perlu buat persediaan rapi

Kunci kejayaan dan kestabilan politik Muafakat Nasional adalah kepercayaan, dan kepercayaan ini dirobekkan oleh Pas apabila memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional dibawah Bersatu dan menenggelamkan momentum kerjasama yang dibina bersama UMNO melalui Muafakat Nasional.

Bagaimanakah kestabilan, keyakinan dan kerjasama yang kukuh dapat terjalin sekiranya perkara paling asas iaitu prinsip dan kepercayaan diabaikan? Lebih lagi dengan parti yang sememangnya jelas ingin menghancurkan UMNO dari luar dan dari dalam.

Baca juga:   Ahli UMNO masih pertahan Bersatu diminta nilai sikap Muhyiddin

Apa yang saya lihat, kerjasama yang Pas sampaikan hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional yang sebenar. Hanya dengan kembali kepada kerjasama asal, barulah keikhlasan Pas dapat dilihat.

Kini UMNO perlu bergerak ke depan, Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap Pas sendiri. Tak perlu sedu sedan apabila Pas sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam.

Inilah realiti politik yang perlu kita hadapi! – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan